Polis kesan pencuri wang tunai dalam kedai

Imej suspek yang dirakam CCTV
Imej suspek yang dirakam CCTV
A
A
A

KLUANG - Polis mengesan seorang lelaki yang disyaki mencuri wang tunai di dalam sebuah premis di Jalan Langsat, Kluang di sini, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4.30 petang.

"Susulan video tular di media sosial, kita menerima aduan seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an telah kehilangan wang tunai di dalam kedai.

"Hasil siasatan mendapati wang tunai yang hilang berjumlah RM2,000.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan seorang lelaki memakai topi berwarna hitam, pelitup muka (face mask), beg slang hitam, berseluar pendek dan berbaju t-shirt, warna coklat telah masuk ke kedai berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa

Menurutnya, kes di siasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerusi talian 07-7784222, 07-7766822 dan 014-3656822.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!