Polis kesan lelaki pegang, tayang kemaluan

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang melakukan perbuatan tidak senonoh di kedai menjual aksesori telefon bimbit di Manggatal, Kota Kinabalu.
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang melakukan perbuatan tidak senonoh di kedai menjual aksesori telefon bimbit di Manggatal, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Polis daerah ini sedang mengesan seorang lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh ketika berada di sebuah kedai menjual aksesori telefon bimbit di Manggatal di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya telah menerima satu laporan yang menyatakan seorang pelanggan lelaki tidak dikenali telah memegang alat sulitnya sambil bertelefon.

"Pengadu menyatakan tidak pernah melihat suspek sebelum ini dan suspek bukanlah pelanggan tetap di premis tersebut.

"Hasil semakan rakaman pada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati seorang lelaki berbaju putih dengan zip seluarnya terbuka dan mengeluarkan serta memegang kemaluan sambil berlegar di kawasan belakang kedai tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kasim berkata, susulan daripada laporan itu, pihaknya sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mengenali suspek supaya berhubung dengan balai polis yang berdekatan.

"Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Audrea Anak Johnson di talian 019-5209 0380.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!