Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia

Aksi pemain Korea, Hee Seop dan Young Cheol meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan pasukan Singapura dalam kategori beregu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa hari ini. Foto Bernama
Aksi pemain Korea, Hee Seop dan Young Cheol meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan pasukan Singapura dalam kategori beregu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KOREA Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia di Stadium Titiwangsa di sini, esok.

Pemain Korea Selatan, Shin Hee Seop secara peribadi percaya Malaysia yang dijangka tidak berdepan masalah menewaskan Brunei untuk muncul juara Kumpulan A malam ini, boleh ditewaskan walaupun akan bermain di belakang sorakan padu penyokong tuan rumah.

Menurut beliau yang kali pertama mewakili negara beraksi di pentas kejohanan antarabangsa, ia kerana faktor semangat berlawan yang tinggi dalam diri setiap pemain Korea Selatan.

"Saya mahu menang perlawanan menentang Malaysia...saya fikir kita boleh melakukan kerana pemain Korea sentiasa berjuang.

"Walupun tewas kepada Thailand pada aksi pertama, kami bangkit semula untuk menewaskan Soingapura...momentuum ini cukup bagus untuk kami,” katanya dalam Bahasa Korea yang diterjemahkan oleh jurubahasa pasukan ketika ditemui selepas aksi terakhir Kumpulan D menentang Singapura di sini hari ini.

Pada perlawanan itu, Korea Selatan diperkuat gandingan Kim Youngcheol, Heeseop dan Park Chelolhee berjaya merakam kemenangan 15-12, 15-10 ke atas Singapura yang diwakili Muhammad Khairilshamy Shamsudin, Zaihirrman Zaharudin dan Muhammad Shameer Hamsah.

Kejayaan itu membolehkan Korea Selatan muncul naib juara Kumpulan D di belakang juara bertahan Thailand dan akan membuat perhitungan menentang Malaysia sekiranya pasukan negara muncul juara Kumpulan A dengan menumpaskan Brunei malam ini.

Malaysia membuka kempen saingan acara double divisyen premier dengan bergaya selepas menumpaskan Jepun 2-0 (15-9, 15-3) pada aksi pertama Kumpulan A semalam manakala Brunei tewas di tangan Jepun 0-2 (13-15, 10-15), Sabtu lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!