Maritim Malaysia Terengganu lupus rokok seludup RM1.3 juta

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa (dua, kanan) dan Khairul Anuar (empat, kiri) melupuskan rokok seludup di Ibu Pejabat Maritim Terengganu pada Isnin. Foto Bernama

A
A
A

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu pada Isnin melupuskan 190 kotak rokok seludup bernilai lebih RM1.3 juta tidak termasuk cukai.

Pengarahnya, Kepten Maritim Khairul Anuar Abd Majid berkata, kesemua 1,900,000 batang rokok putih itu dirampas pihaknya di perairan Besut pada 9 April tahun lepas.

"Kerja pelupusan menggunakan mesin yang dipinjam daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan akan mengambil masa dua hari untuk selesai.

Maritim Malaysia Terengganu melupuskan rokok seludup dianggarkan bernilai RM1.3 juta di Ibu Pejabat Maritim Terengganu pada Isnin.
Maritim Malaysia Terengganu melupuskan rokok seludup dianggarkan bernilai RM1.3 juta di Ibu Pejabat Maritim Terengganu pada Isnin.

"Rokok ini akan dihancurkan dahulu sebelum dilupuskan di Tapak Pelupusan Sampah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di Kuala Nerus, esok,” katanya pada sidang media pelupusan rokok seludup yang dirampas pihaknya, di sini pada Isnin.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya mengenal pasti perubahan modus operandi sindiket penyeludupan rokok ke negeri tersebut iaitu secara runcit atau kecil-kecilan dengan menggunakan bot, sebelum dipindahkan melalui jalan darat dengan kereta bagi memudahkan pergerakan.

"Dulu rokok diseludup secara banyak menggunakan lori tiga dan lima tan dan ada tempat yang kita dah teliti. Tapi, sekarang dia masuk secara runcit atau sikit-sikit.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa (dua, kiri) bersama Khairul Anuar (kanan) memeriksa rokok seludup yang akan dilupuskan di Ibu Pejabat Maritim Terengganu pada Isnin.

"Masuk dengan bot dan guna kereta sebab lebih cepat untuk mereka angkut rokok-rokok itu dan senang untuk lari bila ada operasi," katanya.

Beliau juga percaya wujud pulau-pulau yang menempatkan stor penyimpanan rokok berkenaan sebelum kerja penyeludupan dibuat secara berkala, selain tidak menolak kemungkinan penglibatan nelayan tempatan dalam kegiatan itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!