65 motosikal disita, 342 saman dikeluarkan dalam Operasi Samseng Jalanan

Polis menyita 65 motosikal dalam Op Bersepadu: Samseng Jalanan Digempur di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Seagate, Bayan Lepas dekat sini pada Ahad dalam usaha menggempur mat rempit dan samseng jalanan. Foto Facebook IPD Barat Daya
Polis menyita 65 motosikal dalam Op Bersepadu: Samseng Jalanan Digempur di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Seagate, Bayan Lepas dekat sini pada Ahad dalam usaha menggempur mat rempit dan samseng jalanan. Foto Facebook IPD Barat Daya
A
A
A

GEORGE TOWN - Polis menyita 65 motosikal dalam Op Bersepadu: Samseng Jalanan Digempur di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Seagate, Bayan Lepas dekat sini pada Ahad dalam usaha menggempur mat rempit dan samseng jalanan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, operasi itu melibatkan 32 pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah Barat Daya dibantu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan serta 10 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.

"Dalam operasi itu, pihak kami telah memeriksa ratusan motosikal sebelum mengambil tindakan menyita 65 motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Sebanyak 342 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan jalan raya dan pihak JPJ Pulau Pinang turut mengeluarkan 40 notis pemeriksaan kenderaan," katanya dalam kenyataan malam Ahad.

Selain membendung samseng jalanan, beliau berkata, operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada dan kenderaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: