Kemajuan terbesar tentera Rusia dalam operasi di Ukraine

Tentera Ukraine melancarkan roket menyasarkan kedudukan pasukan Rusia di Kharkiv pada Rabu. - Foto AFP
Tentera Ukraine melancarkan roket menyasarkan kedudukan pasukan Rusia di Kharkiv pada Rabu. - Foto AFP
A
A
A

PARIS - Pasukan tentera Rusia membuat kemajuan paling besar dalam tempoh 17 bulan apabila berjaya merampas kawasan seluas 278 kilometer persegi di wilayah Kharkiv dan di bahagian selatan.

Laporan itu dikeluarkan hasil kajian AFP menggunakan data daripada Institut Kajian Perang (ISW).

“Antara 9 dan 15 Mei, Moscow mengambil alih kawasan seluas 257 kilometer persegi di Kharkiv dan 21 kilometer persegi lagi di kawasan lain termasuk perkampungan Robotyne yang dirampas semula oleh Ukraine pada tahun lalu.

“Ia mewakili rampasan terbesar oleh Rusia sejak Disember 2022 ketika ia mara ke wilayah Lugansk,” jelas laporan tersebut.

Sejak awal 2024, Moscow telah mengambil alih kawasan seluas kira-kira 800 kilometer persegi berbanding kira-kira 600 kilometer persegi pada tahun lalu.

Kemaraan Rusia yang menggempur dua barisan hadapan musuh telah mengubah fasa konflik itu sejak pertengahan Disember 2022 apabila ia menguasai lebih 350 kilometer persegi di Lugansk.

Sejak 'operasi khas' itu dilancarkan pada 24 Februari 2022, Moscow berjaya menguasai kawasan seluas 65,336 kilometer persegi yang mewakili hampir 12 peratus bahagian di Kiev tidak termasuk Semenanjung Crimea yang diilhak pada 2014. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: