Keadaan Perdana Menteri Slovakia masih serius

Robert Fico
Robert Fico
A
A
A

ISTANBUL - Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, dilaporkan telah keluar daripada keadaan bahaya yang mengancam nyawa namun kecederaannya masih dalam keadaan serius, menurut pegawai pada Ahad.

Pemulihan Fico dijangka akan mengambil masa yang panjang dan menyakitkan, memerlukan rehat selama beberapa minggu, kata seorang pegawai hospital, lapor Agensi Anadolu yang memetik Agensi Berita Republik Slovakia (TASR).

Pemindahan perdana menteri ke hospital lain tidak dirancang dan tidak mungkin dilakukan dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Robert Kalinak.

Fico telah ditembak beberapa kali pada hari Rabu ketika berinteraksi dengan penyokong di bandar Handlova, tengah Slovakia. - Bernama-Anadolu

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!