Aktivis teater Rosminah Tahir meninggal dunia

Aktivis teater ternama tanah air, Rosminah Tahir menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, sekitar petang tadi.
Aktivis teater ternama tanah air, Rosminah Tahir menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, sekitar petang tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aktivis teater ternama tanah air, Rosminah Tahir menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, sekitar petang tadi.

Allahyarham Rosminah yang berusia sekitar awal 60-an baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran pada 13 Mei lalu.

Bagaimanapun, punca kematian bekas Ketua Jabatan Teater Akademi Seni dan Warisan Negara (ASWARA) itu belum dipastikan lagi.

Antara rakan penggiat seni yang berkongsi khabar pemergian Allahyarham ialah aktor veteran seperti Fauziah Nawi dan Zulkifli Ismail yang memuat naik hantaran di akaun Facebook masing-masing.

Turut berduka cita atas pemergian Allahyarham adalah komuniti, alumni teater dan rakan media, yang antara lain menyifatkan Allahyarham Rosminah sebagai sosok ibu penyayang, pembimbing dan guru yang banyak memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada mereka. - Awani

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!