Pas anjur sambutan Tahun Baharu Cina

Abdul Hadi berpeluang memberi angpau kepada pasukan tarian singa semasa sambutan Tahun Baharu Cina di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur.
Abdul Hadi berpeluang memberi angpau kepada pasukan tarian singa semasa sambutan Tahun Baharu Cina di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur.
A
A
A

SHAH ALAM - Pas menganjurkan sambutan Tahun Baharu Cina sebelum mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat bagi mengeratkan hubungan sesama rakyat di negara ini.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Halimah Ali berkata, program tahunan berkenaan dilaksanakan untuk mengurangkan salah faham orang ramai terhadap parti itu.

Sambutan Tahun Baharu Cina sebelum mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur.
Sambutan Tahun Baharu Cina sebelum mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur.

Menurutnya, mesyuarat tersebut yang bertemakan Pas For All diadakan di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur dengan anjuran Biro Perpaduan Pas Pusat.

“Pas sebuah parti yang inklusif dan menitikberatkan unsur-unsur keharmonian rakyat di dalam negara pelbagai kaum, selaras dengan prinsip tema ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ahli Parlimen Kapar itu bersama dengan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff turut mengedarkan buah limau kepada masyarakat yang menetap di sekeliling kawasan tersebut, terutamanya kaum Cina.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut hadir menyaksikan tarian singa sambil diiringi pimpinan tertinggi yang lain sebelum memulakan mesyuarat.

Abdul Hadi juga mengambil kesempatan memberi angpau kepada pasukan tarian singa sebagai tanda keharmonian bersama.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!