Kerajaan kecam tindakan ugut ahli Parlimen - Fahmi Fadzil

Fahmi menyampaikan ucapan pada Pelancaran Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024 di Kuala Lumpur Sentral, pada Ahad. Foto Bernama
Fahmi menyampaikan ucapan pada Pelancaran Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024 di Kuala Lumpur Sentral, pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengecam tindakan pihak yang cuba untuk mengugut dan mengancam keselamatan ahli Parlimen di negara ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, tindakan memalukan seperti itu tidak seharusnya berlaku ke atas mana-mana Ahli Parlimen, baik mereka dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.

"Saya kesal kerana perkara ini tidak harus diperlakukan kepada mana-mana ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat.

"Mereka ada hak untuk bersuara dan ini terpakai sama ada mereka adalah ahli Parlimen di pihak kerajaan atau pembangkang, jangan diugut kerana mereka adalah suara rakyat,” katanya selepas melancarkan Ekspresi Bulan Kebangsaan di ibu negara pada Ahad.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian sebagai respons kepada kejadian melibatkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang menerima ancaman surat berisi dua butir peluru dan satu kertas putih bersaiz A4 tertera perkataan ugutan bunuh yang diletakkan di peti surat kediamannya semalam.

Ekoran itu Terasa dalam hantaran di laman Facebooknya berkata, beliau telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Petaling. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: