Gerai basikal Apam Balik

A
A
A
Peniaga Apam Balik, Govinraj Doraisami, 75, sibuk menyiapkan apam balik yang ditempah pelanggannya ketika ditemui di Ulu Tiram, hari ini.

Pada 50 tahun yang lepas, Govinraj mula berniaga dengan menjual surat khabar dan Apam Balik tetapi setelah surat khabar tidak lagi mendapat sambutan, beliau meneruskan dengan menjual Apam Balik sahaja sehinggalah ke hari ini.

Bapa kepada dua orang anak itu akan mengayuh basikal perniagaanya setiap hari sejauh tiga kilometer pergi dan balik untuk meniga bagi menyara isterinya yang kurang sihat serta seorang lagi anak yang masih duduk bersamanya.

Perniagaannya yang bermula pada awal pagi sehingga lewat petang itu mampu menjual sebanyak 50 ke 70 keping Apam Balik dengan harga RM1.30 sekeping.

Bertanya mengenai tahap keselamatan susulan kejadian serangan Balai Polis Ulu Tiram, beliau berkata tidak perlu takut dan risau kerana kerap melihat anggota polis membuat rondaan di kawasan ini.
Artikel Berkaitan:


Tinjauan mendapati aktiviti-aktiviti harian seperti perniagaan, pangangkutan dan pendidikan berjalan seperti biasa di sekitar Ulu Tiram.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Derik telaga minyak pertama di Malaysia

No Image Caption
GALERI

Pertandingan Kemahiran Dunia 2024

No Image Caption
GALERI

Pameran Raja Kita

No Image Caption
GALERI

Sukan Olimpik Habib Jewel