Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa

Upacara pengebumian suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram dikawal ketat di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram, pada Isnin. Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.
Upacara pengebumian suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram dikawal ketat di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram, pada Isnin. Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram pada pagi Jumaat, perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, cara pengebumian suspek tragedi itu telah dibincangkan dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang dipengerusikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad pada Jumaat lalu.

Kenyataan ini juga sebagai perkongsian ilmu tentang bagaimana pengurusan dan pengebumian jenazah-jenazah tersebut.

"Bagi pengurusan jenazah suspek pula, Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan agar jenazah hendaklah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.

"Jenazah suspek tidak dibenarkan untuk dibawa ke mana-mana masjid atau surau untuk urusan berkaitan.

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.

"Selepas selesai jenazah dimandikan, dikafankan dan disolatkan, jenazah hendaklah dikebumikan di tanah perkuburan yang telah ditetapkan dan kedudukan kuburnya hendaklah berjauhan sedikit dari liang lahad penghuni kubur yang lain," katanya dalam kenyataan.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor, berpendapat tindakan menjarakkan kubur suspek berbanding liang lahad lain sebagai satu peringatan kepada masyarakat supaya tidak terbabit atau melakukan perkara yang dilakukan suspek.

Artikel Berkaitan:

"Ia juga sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek lebih lebih lagi membunuh pegawai yang menjaga keselamatan negara yang tiada melakukan salah dan silap terhadap suspek.

"Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas apa yang telah dilakukannya," katanya.

Dalam kejadian serangan pada 2.54 pagi Jumaat lalu itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing serta suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota polis dilaporkan cedera.

Dua anggota polis yang maut ialah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24.

Sementara Koperal Mohd Hasif Roslan, yang dilaporkan parah, kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Jenazah penyerang di Balai Polis Ulu Tiram di sini, awal lagi Jumaat lalu, dilaporkan dikebumikan pada jam 12.15 tengah hari, pada Isnin di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.

Upacara pengebumian tersebut dikawal ketat anggota polis dan semua pihak termasuk media tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan dengan pintu utamanya ditutup dan dikawal anggota polis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Semasa #Nasional #BalaiPolisUluTiram #Maut #Pengebumian #Jenazah #Kubur #FatwaJohor

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!