DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru

DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru.
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.

DBKL memaklumkan, operasi berkenaan dijalankan Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Titiwangsa di kawasan peniaga di Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Alang dan Jalan Daud.

Menurut kenyataan itu, melalui tindakan khas dijalankan, DBKL menjalankan operasi sitaan dan pindah halangan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Kesemua barangan yang disita dibawa ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja bagi tindakan selanjutnya.
Kesemua barangan yang disita dibawa ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja bagi tindakan selanjutnya.

"Antara barangan yang disita adalah meja lipat, kerusi, kanopi, meja besi dan peralatan lain yang diletakkan di hadapan premis," kata kenyataan pihak berkuasa tempatan itu di laman Facebooknya pada Sabtu.

Tambah kenyataan itu, kesemua barangan yang disita dibawa ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja di sini bagi tindakan selanjutnya.

"Tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 Parlimen di sekitar ibu negara," kata kenyataan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: