DBKL sita barangan perniagaan di Taman Tasik Titiwangsa

DBKL menyita barangan perniagaan di Taman Tasik Titiwangsa pada Sabtu kerana menghalang laluan di kawasan awam. Foto DBKL
DBKL menyita barangan perniagaan di Taman Tasik Titiwangsa pada Sabtu kerana menghalang laluan di kawasan awam. Foto DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barangan perniagaan di Taman Tasik Titiwangsa dekat sini pada Sabtu kerana menghalang laluan di kawasan awam.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan operasi itu dilaksanakan Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pelesenan serta Pembangunan Perniagaan menerusi Tindakan Khas Penjaja Siri 3/2024.

Turut serta, Pejabat Cawangan Setiawangsa, Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi serta Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal.

Sebanyak 111 peralatan sewaan perniagaan juga dipindahkan. Foto DBKL
Sebanyak 111 peralatan sewaan perniagaan juga dipindahkan. Foto DBKL

"Melalui tindakan khas dijalankan kali ini, DBKL merekodkan sembilan kes tindakan sitaan, pindah halangan dan barangan perniagaan menerusi kesalahan di bawah UUK 24, Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 kerana langgar syarat lesen dan di bawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana meletakkan atau meninggalkan barangan di tempat awam," menurut DBKL dalam kenyataan itu pada Ahad.

Dalam pada itu, DBKL turut memaklumkan sebanyak 111 peralatan sewaan perniagaan juga telah dipindahkan terdiri daripada pelbagai jenis basikal, skuter elektrik (tut-tut) dan lain-lain peralatan.

Barangan disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya. Foto DBKL
Barangan disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya. Foto DBKL

"Barangan yang disita ini akan dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Tambah DBKL, tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari semasa ke semasa.

@sinarharianonline

DBKL sita barangan perniagaan di Taman Tasik Titiwangsa #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #DBKL #Sita #Titiwangsa #Taman #Tasik #Operasi

Earned It (In the Style of Weeknd) [Karaoke Version] - Instrumental King