Guna peruntukan ADUN selesai isu ketiadaan meja, kerusi

Akmal sempat beramah mesra dengan guru dan murid selepas menyelesaikan isu ketiadaan meja dan kerusi di sekolah agama berkenaan.
Akmal sempat beramah mesra dengan guru dan murid selepas menyelesaikan isu ketiadaan meja dan kerusi di sekolah agama berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh telah menggunakan peruntukan khas miliknya bagi menyelesaikan isu ketiadaan kerusi dan meja di sebuah sekolah agama di daerah di negeri itu.

Menerusi video terbaharu yang dimuat naik di facebooknya, sebanyak 36 set kerusi dan meja telah dihantar ke sekolah berkenaan oleh pembekal pada Khamis.

Dalam video berdurasi 2 minit 33 saat itu, Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO bersyukur kerana dapat membantu menyegerakan pemberian kemudahan kerusi dan meja di sekolah berkenaan untuk kegunaan murid yang sebelum ini terpaksa duduk di atas lantai.

“Tidak perlu tunggu lapan bulan melayan birokrasi yang melampau

“Moga anak-anak kita ini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya

Beliau dalam pada itu sempat beramah mesra dengan murid dan guru yang bergotong-royong menyusun meja di dalam kelas terbabit.

“Lepas ini tak perlu belajar guna rehal lagi, ini kira hadiah Hari Guru.

"Nanti isytihar aset sahaja, kalau tiga bulan kerusi dan meja (yang dijanjikan sampai), ustazah masukkan dalam kelas yang lain,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muhamad Akmal pada Rabu menempelak tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang tidak menyelesaikan isu pembelian kerusi meja dalam bilik darjah berkenaan.

Dakwanya, peruntukan fasiliti di sekolah negeri itu sudah diluluskan sejak Disember tahun lalu, namun sehingga Mei 2024 pelajar di sekolah tersebut masih tidak mendapat keperluan kerusi meja.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!