AKE Fun Run Olympic Carnival catat Malaysia Book of Records

Wakil Malaysia Books Of Records, Jeska Seah (kanan) menyerahkan sijil kepada pihak pengurusan AKE sambil disaksikan Tengku Datuk Setia Putra Alhaj (dua dari kiri).
Wakil Malaysia Books Of Records, Jeska Seah (kanan) menyerahkan sijil kepada pihak pengurusan AKE sambil disaksikan Tengku Datuk Setia Putra Alhaj (dua dari kiri).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tadika kanak-kanak terkenal, Al Kauthar Eduqids (AKE) mendapat pengikhtirafan Malaysia Book of Records dalam perhimpunan sukan kanak-kanak berkeperluan khas terbesar di negara ini.

Perhimpunan sukan kanak-kanak berkenaan diadakan bersempena AKE Fun Run Olympic Carnival yang berlangsung di 99 Wonderland Park, Selayang di sini pada Sabtu.

Rekod dilakar dengan penyertaan 450 kanak-kanak berkeperluan khas seluruh Lembah Klang dan mereka turut diiringi ibu bapa serta tenaga pengajar AKE untuk acara bersejarah ini.

Pengurus Projek Al Kauthar Eduqids, Datin Dr Nor Fadilah Alias berkata, perhimpunan kanak-kanak berkeperluan khas sempena AKE 'Fun Run Olympic Carnival' ini bagi mengembangkan pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri terhadap kanak-kanak terlibat.

"Berbeza dengan program sama dianjurkan pada tahun sebelumnya, tahun ini AKE berjaya menghimpunkan kanak-kanak berkeperluan khas paling ramai dan mendapat pengikhtirafan Malaysia Books of Records.

"Selari dengan permintaan ibu bapa hari ini, Al Kauthar Eduqids berjaya menawarkan program khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme, kelewatan pertuturan, minor syndrome down, GDD dan ADH," ujarnya.

Terdahulu, AKE Fun Run Olympic Carnival dirasmikan Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian kanak-kanak yang berjaya mendapatkan sijil AKE Fun Run Olympic Carnival bergambar bersama pihak pengurusan dan jemputan kenamaan.
Sebahagian kanak-kanak yang berjaya mendapatkan sijil AKE Fun Run Olympic Carnival bergambar bersama pihak pengurusan dan jemputan kenamaan.

Nor Fadilah menambah, dengan latihan berterusan dan sentiasa memenuhi permintaan pasaran semasa, AKE mampu berkembang dan mengekalkan perkhidmatan terbaik dengan penawaran produk-produk berkualiti.

Program AKE kali ini turut menyaksikan kolaborasi istimewa Al Kauthar Eduqids bersama kelab bola sepak terkenal, Selangor FC yang berperanan sebagai rakan strategik dalam program itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah AKE, Datuk Bakhtiar Aliff Ibrahim pula berkata, saban tahun keluarga besar AKE sentiasa tampil gah dalam penganjuran karnival sukan ini sekali gus berjaya memecah rekod tahun terdahulu.

Ujarnya, karnival sukan yang melibatkan kanak-kanak berusia antara satu hingga enam tahun ini diadakan bertujuan memberi pengalaman baharu dan merasai keseronokan yang sesuai dengan usia mereka.

"Acara seperti ini juga berjaya merapatkan silaturahim serta memberi impak positif dalam pendidikan awal kanak-kanak," tambahnya.

Secara keseluruhan, acara tersebut berjaya menghimpunkan seramai 4,700 kanak-kanak termasuk keperluan khas dari seluruh Lembah Klang dan hampir 9,400 ibu bapa dan serta tenaga pengajar.

Sebahagian peserta kanak-kanak dan ibu bapa serta pengajar bergambar bersama.
Sebahagian peserta kanak-kanak dan ibu bapa serta pengajar bergambar bersama.

AKE mempunyai 216 cawangan di seluruh negara dan telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Al Kauthar Eduqids, layari www.akeduqids.com atau ikuti perkembangan terbaharu di media sosial rasmi, Facebook - AlKautharEduqids dan Instagram @alkautharediqids_hq.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!