Remaja lelaki ditemui lemas di Sungai Besut

Mayat mangsa ditemui anggota penyelamat jam 9 pagi pada Sabtu pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian.
Mayat mangsa ditemui anggota penyelamat jam 9 pagi pada Sabtu pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian.
A
A
A

BESUT - Hasrat seorang remaja lelaki untuk mandi-manda di Sungai Besut dekat Kampung Tanjung Lali di sini berakhir tragedi apabila dia ditemui lemas pada pagi Sabtu.

Mayat Wan Muhamad Irfan Mohd Badrin, 18, ditemui kira-kira jam 9 pagi tadi pada jarak 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, mayat mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Berdasarkan maklumat diterima, mangsa berasal dari Kota Bharu, Kelantan datang ke Besut bersama datuk dan keluarganya untuk menghadiri kenduri.

"Mangsa bersama ahli keluarga yang lain dibawa menaiki bot oleh datuknya untuk menyeberangi sungai sebelum mangsa dikatakan mandi situ pada petang Jumaat," katanya di sini pada Sabtu.

Menurut Azrol Anuar, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: