Empat kawasan di Kelantan catat cuaca panas Tahap Satu

Empat kawasan Semenanjung berada pada Tahap Satu iaitu berjaga-jaga berdasarkan kemas kini MetMalaysia pada jam 4.30 petang Jumaat. (Gambar hiasan)
Empat kawasan Semenanjung berada pada Tahap Satu iaitu berjaga-jaga berdasarkan kemas kini MetMalaysia pada jam 4.30 petang Jumaat. (Gambar hiasan)
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas berikutan empat kawasan Semenanjung berada pada Tahap Satu iaitu berjaga-jaga berdasarkan kemaskini pada jam 4.30 petang tadi.

MetMalaysia berkata, kawasan tersebut melibatkan Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang, Kelantan.

Menurut agensi tersebut, daerah Kota Marudu dan Kinabatangan di Sabah juga berada pada tahap sama.

“Suhu maksimum harian 35 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Untuk maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian, boleh rujuk laman sesawang MetMalaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: