Projek Naik Taraf Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh

No Image Caption
A
A
A

Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, sedang melalui proses menaik taraf daripada dua lorong kepada empat lorong adalah sebahagian dari solusi untuk menyelesaikan isu ‘bottle neck’ yang menyebabkan kesesakan trafik di jambatan sedia ada terutama pada waktu puncak dan musim perayaan selain meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di Laluan FT002.

Projek ini telah diluluskan dibawah peruntukan pembangunan ‘Rolling Plan 3’ Rancangan Malaysia Kesebelas (RP3, RMKe-11) Tahun 2020 dengan kaedah perolehan secara tender terbuka dengan kos kontrak semasa berjumlah RM102juta.

Antara skop kerja utama projek adalah membina jambatan baharu bersebelahan jambatan sedia ada berukuran 655 meter panjang dan 11.5 meter lebar, menaik taraf jalan tuju sepanjang 1.5km, menaik taraf dan membina sistem saliran, pemasangan lampu jalan dan perabot jalan, pengambilan Tanah dan pengalihan utiliti.

Antara keistimewaan projek ini adalah ‘decking system’ daripada ‘segmental box girder’ sepanjang 200 meter yang digunakan pada rentang utama jambatan (span 4) tersebut dimana ianya merupakan antara yang terpanjang di Malaysia dan keseluruhan proses reka bentuk jambatan ini dilaksanakan sepenuhnya oleh tenaga kepakaran tempatan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada sidang media selepas meninjau kemajuan projek tersebut hari ini berkata, kerja-kerja menaik taraf jambatan tersebut telah pun mencapai 86 peratus siap pada hari ini dan dijangka jambatan tersebut akan mula dibuka pada penghujung Ogos nanti. Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Putrajaya Park's Day 2024

No Image Caption
GALERI

Kedai Kopi Jalan Ampas

No Image Caption
GALERI

Aktiviti menangkap ikan

No Image Caption
GALERI

Buaya di Jong's Crocodile Farm