Judi haram: Empat termasuk dua wanita ditahan

Antara individu yang ditahan dalam Ops Judi Online semalam.
Antara individu yang ditahan dalam Ops Judi Online semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai empat individu termasuk dua wanita ditahan dalam Ops Judi Online di sebuah premis di Setia Alam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam telah menyerbu sebuah premis pada jam 5 petang.

"Hasil pemerhatian selama 20 minit, kami mendapati dua wanita warga Indonesia keluar daripada unit premis berkenaan.

Baharudin berkata, pihaknya telah menahan kedua-dua wanita tersebut sebelum memasuki premis itu.

"Kita mendapati dua orang lelaki, salah serangnya merupakan warga Indonesia berada di dalam premis tersebut.

Menurutnya, polis turut merampas 16 unit central processor unit (CPU), dua komputer riba, 19 unit monitor, 31 telefon bimbit, dua modem, 23 keping pelbagai kad prabayar, lapan bilah parang dan wang tunai RM1,000.

"Hasil semakan mendapati salah seorang daripada mereka yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes judi," katanya.

Kesemua yang ditahan berusia 24 hingga 29 tahun dibawa ke IPD Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958.