X

Kindly register in order to view this article
!

Dulu lorong sepi tapi kini...

Dinding dilukis dan diwarnakan mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu bertemakan warisan dengan melakar kembali wajah-wajah individu yang banyak mencipta nama serta mengharumkan nama negeri.
A
A

KANGAR - Dalam usaha mengubah persepsi terhadap keadaan sesuatu lorong yang biasa dianggap gelap, sunyi serta bahaya hingga boleh mendatangkan ketakutan, seramai 15 orang pelukis di Perlis tampil dengan idea hebat.

Pelukis-pelukis dari Persatuan Pelukis Negeri Perlis itu mengambil inisiatif untuk menghasilkan Kangar Street Art 2.0 dengan melibatkan lorong belakang pejabat CIMB Bank Kangar.

Pengerusinya, Yaakob Abd Aziz, 59 berkata, beliau bersama 15 pelukis lain berganding bahu menghasilkan lukisan yang mendapat tajaan daripada kerajaan negeri itu dan dijangka siap pada 25 Januari depan.

"Kerja-kerja melukis telah dimulakan sejak 10 Disember lalu dengan gerak kerja melukis hanya dilakukan pada waktu malam.

Pengunjung sudah mula memasuki ruang lorong meskipun belum siap sepenuhnya.
Pengunjung sudah mula memasuki ruang lorong meskipun belum siap sepenuhnya.

"Ini kerana ramai pelukis adalah terdiri daripada guru yang perlu menumpukan kepada kerja hakiki mereka pada siang hari. Mereka hanya boleh meluangkan masa untuk melukis pada waktu malam," katanya ketika ditemui Sinar Harian di di Kangar Street Art 2.0.

Menurut Yaakob, perubahan drastik dapat dilihat kerana daripada lorong yang suram dan sepi kini sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis lukisan serta cahaya lampu yang cantik sekali gus lorong belakang bangunan sepanjang kira-kira 100 meter itu berubah wajah dengan kehadiran mural tersebut pada kiri dan kanan dinding.

Yaakob
Yaakob

"Dinding lorong berkenaan dilukis dan diwarnakan mengikut tema yang telah ditetapkan bertemakan warisan dengan melakar kembali wajah-wajah individu yang banyak mencipta nama serta mengharumkan nama negeri," katanya.

Tambah Yaakob, semua mural itu dipersembahkan dengan kreativiti tersendiri untuk menampilkan tarikan serta keunikan yang sinonim dengan identiti Perlis.

"Antara paparan mural yang dihasilkan adalah Awang Batil iaitu seni penglipur lara Perlis.

Ahli Persatuan Pelukis Perlis mewarnakan lukisan di jalanan.
Ahli Persatuan Pelukis Perlis mewarnakan lukisan di jalanan.

"Tidak ketinggalan paparan mengenai kehidupan petani di Perlis pada zaman dahulu dengan sawah padi terbentang serta pelbagai lagi keunikan Perlis seperti Gua Kelam, tetapi rata-ratanya bertepatan dengan tema warisan. Wajah Allahyarham pelawak Pak Yus Jambu dengan teh ais ikat tepi yang menjadi siulan arwah juga ada dilukis," katanya.

"Saya yakin, kewujudan lukisan di bangunan ini akan menjadi tarikan baharu sama ada bagi masyarakat Perlis sendiri dan juga pelancong luar," katanya.

Ditanya soal bayaran, Yaakob berkata pihaknya belum memutuskan kadar bayaran dan mungkin tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung.

"Kita mungkin benarkan pengunjung mengambil gambar swafoto secara percuma sambil mereka menghayati maksud pada lukisan di dinding itu," katanya.

Dulu suram, kini meriah!
Dulu suram, kini meriah!


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!