Ketua Pengarang Sinar Harian dilantik Ahli Majlis Pentadbir MPI

Berdiri dari kiri: Azri Atan, Choo Joon Kian, Zamri Rambli, Ainol Amriz Ismail. Duduk dari kiri: Setiausaha Syarikat MPI, Datuk Akhbar, Datuk Yong Soo Heong, Datuk Mustapa Omar, Farrah Naz Karim dan Brian Martin.
Berdiri dari kiri: Azri Atan, Choo Joon Kian, Zamri Rambli, Ainol Amriz Ismail. Duduk dari kiri: Setiausaha Syarikat MPI, Datuk Akhbar, Datuk Yong Soo Heong, Datuk Mustapa Omar, Farrah Naz Karim dan Brian Martin.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli dilantik sebagai Ahli Majlis Pentadbir Institut Kewartawanan Malaysia (MPI) bersama enam lagi wakil agensi media tempatan pada 16 Mei.

Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong berkata, pemilihan tersebut dilakukan mengikut memorandum dan artikel persatuan sekali gus menjadikan jumlah Ahli Majlis Pentadbir MPI seramai sembilan orang termasuk presiden, timbalan dan naib presiden.

“Mereka juga sebulat suara bersetuju melantik semula tiga jawatan utama presiden, Timbalan Presiden, Farrah Naz Karim dan Naib Presiden, Brian Martin bagi tempoh dua tahun.

“Cadangan pindaan perlembagaan MPI yang berusia 17 tahun juga disetujui untuk dirombak sesuai dengan keperluan semasa dan masa depan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ahli MPI bergambar selepas berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan MPI pada Khamis.
Ahli MPI bergambar selepas berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan MPI pada Khamis.

Selain Zamri, MPI melantik Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Nur-ul Afida Kamaludin; Pengarang Kanan Digital dan Berita & Hal Ehwal Semasa, Mohd Azri Atan dan Penolong Pengarang Utusan TV, Ainol Amriz Ismail.

Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Media Corporation Sdn Bhd, Choo Joon Kian dan Ahli Kehormat Persatuan Wartawan Sabah Dr Diana Dominic dipilih untuk menganggotai Ahli Majlis Pentadbir.

Tambah Soo Heong, barisan kepimpinan itu akan akur kepada permintaan ahli supaya kegiatan latihan yang menjadi teras kegiatan utama sentiasa ditingkatkan demi kebaikan industri kewartawanan dalam negara.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, mesyuarat tersebut melambangkan kesinambungan pembaharuan yang mana ahli diberi kuasa untuk menyuarakan pendapat masing-masing.

“Ia bertujuan supaya pentadbiran MPI boleh dijalankan secara lebih inklusif dan lancar.

“Mereka yang dilantik ini merupakan badan tertinggi dalam pengurusan pentadbiran MPI, berperanan sebagai pembuat dasar dalam menentukan hala tuju dan masa depan institusi tersebut,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!