Kongsi gelap disyaki terlibat kes bunuh peniaga di Klang

Laporan Sinar Harian pada 25 April lalu.
Laporan Sinar Harian pada 25 April lalu.
A
A
A

KLANG - Polis tidak menolak kemungkinan penglibatan kumpulan kongsi gelap dalam kes peniaga maut ditetak sekumpulan individu berparang dan pistol taser di sebuah rumah di Taman Jaya, Kapar, 25 April lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini pihaknya masih menyiasat motif di sebalik kejadian terbabit.

"Dua suspek diberkas sebelum ini untuk siasatan lanjut, salah seorang telah dituduh dibawah Akta Pertubuhan.

"Polis masih menyiasat secara mendalam berkaitan kes ini dan ia dipercayai melibatkan kumpulan kongsi gelap," katanya.

Hussein
Hussein

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sesi dialog bersama masyarakat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.

Katanya, setakat ini pihaknya sedang memburu dua individu lagi dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan berkenaan.

"Pengesanan dua suspek berkenaan dilakukan sama ada kedua-dua mereka masih dalam negeri atau luar negara," katanya.

Artikel Berkaitan:

25 April lalu, seorang peniaga maut ditetak sekumpulan individu dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Jaya, Kapar di sini.

Kejadian dipercayai bermotifkan dendam itu berlaku ketika mangsa berumur 38 tahun itu berada di rumah bersama beberapa ahli keluarganya yang lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!