Tular sekumpulan individu masak di stesen minyak

Tular di media sosial klip video memaparkan sekumpulan remaja 'berkelah' dan memasak di sebuah stesen minyak dipercayai di Genting Highlands.
Tular di media sosial klip video memaparkan sekumpulan remaja 'berkelah' dan memasak di sebuah stesen minyak dipercayai di Genting Highlands.
A
A
A

BENTONG - [DIKEMAS KINI] Tular di media sosial klip video memaparkan sekumpulan individu 'berkelah' dan memasak di sebuah stesen minyak dipercayai di Genting Highlands, Pahang mengundang kecaman netizen kerana bimbang tindakan itu akan membahayakan keselamatan.

Video berdurasi satu minit dua saat yang tular di media sosial itu menunjukkan beberapa individu sedang melepak sambil memasak mi segera dengan menggunakan dapur gas mudah alih.

Turut kelihatan dalam video berkenaan sebuah kereta peronda memasuki stesen minyak tersebut, namun kumpulan terbabit tidak menghiraukan kehadiran pihak polis dan menyambung aktiviti yang dilakukan.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata warganet mengecam tindakan kumpulan itu yang tidak mempedulikan keselamatan kerana menggunakan dapur gas di kawasan mudah terbakar.

Salah seorang pengguna Facebook, Nadia Jefry bertanya mengenai kewarasan kumpulan berkenaan yang tidak memikirkan akibat daripada perbuatan tersebut.

“Elok la, lelaki dan perempuan dua-dua sama naik. Orang lain datang isi minyak, mereka boleh main masak-masak dekat situ.

“Kalau meletup siapa mahu tanggung kos kerugian? Hilang nyawa siapa mahu menjawab? Yang perempuan mahu tunjuk kemahiran memasak bukan di situ," katanya dalam ruangan video tersebut.

Seorang lagi pengguna Facebook, Muhamad Fauzan Bob turut mengingatkan kepada kumpulan terbabit supaya berfikir sebelum membuat sebarang tindakan yang boleh menyebabkan berlaku perkara di luar jangkaan.

Artikel Berkaitan:

“Berani ya masak guna api di stesen minyak. Tidak meletup tidak apa tetapi kalau meletup, lebih 500 meter radius sekeliling kena sekali. Mana mahu lari?

“Kamu semua tahu atau tidak di bawah yang kereta kita parkir dan lalu ini ada saluran paip minyak terus ke tangki minyak bawah tanah?

“Beringat sebelum terjadi apa-apa, ada akal guna sebaiknya,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak setakat ini susulan penularan klip video di media sosial memaparkan sekumpulan golongan muda berkelah di sebuah stesen minyak di Genting Highlands.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!