Geng 'motocross' dikecam ceroboh hutan simpan

Sekumpulan peminat motosikal lasak didakwa menceroboh Hutan Simpan Negara Khao Phlok Lhon, Thailand. Foto Agensi
Sekumpulan peminat motosikal lasak didakwa menceroboh Hutan Simpan Negara Khao Phlok Lhon, Thailand. Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Sekumpulan penunggang motosikal lasak 'motocross' menerima kecaman netizen selepas menganjurkan perlumbaan dalam hutan simpan di wilayah Phetchabun, Thailand.

Semasa acara itu, kira-kira 300 penunggang motosikal memasuki Hutan Simpan Negara Khao Phlok Lhon dan hutan komuniti Ban Sok Duea pada 12 Mei lalu.

Anggota jawatankuasa hutan komuniti mendakwa acara tersebut tidak mendapat kebenaran mana-mana pihak dan beliau telah membuat laporan polis serta menuduh penganjur telah melanggar Akta Hutan Komuniti di bawah Seksyen 63 dan 94.

Bagaimanapun, kumpulan motosikal itu dalam siaran di akaun Facebook Moto Story telah mempertahankan tindakan mereka dan menjelaskan bahawa acara itu bukan perlumbaan, sebaliknya aktiviti pelancongan dan mengumpul dana.

Jelasnya, kawasan tersebut adalah hutan komuniti dan bukan rizab hutan simpan.

"Apa sumbangan jawatankuasa komuniti kepada penjagaan hutan? Kami di komuniti sering membantu dalam operasi menyelamat dan melakukan aktiviti berfaedah lain di kawasan itu," katanya.

Susulan isu ini, kedua kumpulan itu dilaporkan masih bertegang dalam platform media sosial dan ada segelitir netizen menyokong tindakan jawatan kuasa hutan komuniti yang melarang acara sedemikan dilakukan dalam hutan tersebut.

Kejadian tersebut mengingatkan sekumpulan peminat kenderaan pacuan empat roda yang mengembom ikan di Sungai Singor, Gerik, Perak sehingga mendapat kecaman netizen baru-baru ini - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!