Maya Karin, GPH kutip 316kg sampah di Sungai Gombak

Paparan Twitter Maya Karin mencuri perhatian peminatnya.
Paparan Twitter Maya Karin mencuri perhatian peminatnya.
A
A
A

AKTRES popular Maya Karin bersama Geng Pagi Hot (GPH) dari sebuah stesen radio berjaya mengutip 316 kilogram (kg) sampah di Sungai Gombak, Sentul.

Perkongsian di Twitternya, Maya yang merupakan duta ikon River of Life (ROL) telah mencabar GPH dari sebuah stesen radio di sini iaitu Fizie, Shuib dan Shuk Sahar untuk melakukan kerja-kerja pembersihan sungai.

"Cabaran saya kepada #gengpagihot dilaksanakan dengan berjaya mengutip sampah sebanyak 316kg dari Sungai Gombak di kawasan Sentul.

"Lepas habis kutip nampak pula banyak ikan muncul seolah-olah nak berterima kasih!," ujarnya.

Apa dilakukan oleh pelakon berusia 41 tahun ini mendapat sokongan daripada peminatnya yang menyifatkan cabaran tersebut adalah yang terbaik dan menekankan sungai bukan tong sampah.

"Terbaiklah kak, inilah salah satu contoh yang baik untuk semua rakyat Malaysia ikuti. Bukan sibuk dengan trend cabaran yang merapu-rapu tu..." kata Andy.

Kata Nora pula, "Terbaik Maya, saya rasa kumpulan peminat artis patut buat macam ini dengan artis-artis mereka untuk kesedaran dan ajak orang lain sekali. Tak semestinya NGO atau syarikat korporat."

Manakala cadangan Othman, "Usaha kesedaran yang baik. Harap lepas ni kita hendak sampah-sampah tersebut berkurangan dari hari ke hari. Elok kalau ada rekod yang boleh dirujuk kemudian."

Artikel Berkaitan: