Lori tangki terbabas, rempuh penghadang besi

Sebuah lori tangki membawa muatan minyak masak terpakai terbabas dalam kejadian di Kilometer 36.8 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur di sini pada Isnin.
Sebuah lori tangki membawa muatan minyak masak terpakai terbabas dalam kejadian di Kilometer 36.8 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur di sini pada Isnin.
A
A
A

GOMBAK - Sebuah lori tangki membawa muatan minyak masak terpakai terbabas selepas melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 36.8 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang melibatkan lori tangki dipandu seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 50-an itu.

"Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Pelabuhan Klang

"Setibanya di lokasi kejadian dan keadaan ketika itu hujan lebat, lori tangki dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang sebelah kiri lebuh raya berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian.

"Siasatan berkaitan kejadian dijalankan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)," katanya.

Pada Selasa, tular video di media sosial memaparkan kebocoran cecair di kawasan Lebuhraya Karak akibat kemalangan melibatkan sebuah lori tangki di sini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!