Lori ulang-alik isi minyak bongkar aktiviti seleweng diesel

Anggota penguat kuasa KPDN Pahang melakukan pemeriksaan ke atas minyak diesel bersubsidi yang ditemui di sebuah kilang memproses keluli di Gebeng di Kuantan, 11 Mei lalu.
Anggota penguat kuasa KPDN Pahang melakukan pemeriksaan ke atas minyak diesel bersubsidi yang ditemui di sebuah kilang memproses keluli di Gebeng di Kuantan, 11 Mei lalu.
A
A
A

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang menyita 3,888 liter minyak diesel bersubsidi yang ditemui di sebuah kilang memproses keluli di Gebeng di sini, 11 Mei lalu.

Pengarah KPDN Pahang, Jezlily Jamaluddin berkata, tindakan diambil ekoran barang kawalan berjadual itu disyaki dimiliki tanpa permit dan bekalannya diperoleh dari stesen minyak berhampiran.

Menurutnya, operasi Ops Tiris 3.0 yang dijalankan kira-kira jam 11 pagi itu berdasarkan risikan selama dua minggu aktiviti lori yang kerap berulang-alik membeli diesel di sebuah stesen minyak di Jalan Pintasan Kuantan di sini.

"Hasil risikan mendapati ada individu menaiki sebuah lori membuat pembelian minyak diesel di stesen minyak berkenaan dan membawa masuk ke dalam kilang terbabit.

"Serbuan telah dilakukan di kilang terbabit dan hasil pemeriksaan lanjut ke menemui sebuah tangki simpanan berisi minyak diesel bersubsidi yang diselewengkan," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Jezlily berkata, siasatan lanjut mendapati premis kilang itu tidak mempunyai sebarang permit kebenaran menyimpan barang kawalan berjadual KPDN.

Bekalan minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM8,329 yang berada di dalam tangki simpanan telah disita untuk tindakan lanjut.
Bekalan minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM8,329 yang berada di dalam tangki simpanan telah disita untuk tindakan lanjut.

"Pengurus operasi kilang tersebut juga mengakui minyak diesel yang disimpan diperoleh dari sebuah stesen minyak berhampiran.

Artikel Berkaitan:

"Bekalan minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM8,329 yang berada di dalam tangki simpanan telah disita untuk tindakan lanjut.

"Kertas siasatan telah dibuka ke atas premis kilang di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961," jelasnya.

Tegas beliau, KPDN memberi amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

"Mana-mana pihak (individu) yang melakukan kesalahan itu boleh diambil tindakan di bawah AKB 1961 yang memperuntukkan didenda tidak lebih RM1 juta dan tidak lebih RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi syarikat, sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan berikutnya denda tidak melebihi RM5 juta," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!