Lelaki maut kereta terbabas rempuh tiang lampu

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabas sebelum merempuh tiang lampu di Jalan Sungai Sam Dabong-Jeli di Kuala Krai pada Selasa. Foto JBPM
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabas sebelum merempuh tiang lampu di Jalan Sungai Sam Dabong-Jeli di Kuala Krai pada Selasa. Foto JBPM
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabas sebelum merempuh tiang lampu di Jalan Sungai Sam Dabong-Jeli, di sini pada Selasa.

Kejadian sekitar jam 10.40 malam itu menyebabkan mangsa yang berusia 43 tahun maut di lokasi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Aiman Amiruddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.43 malam.

"Sejurus tiba di lokasi, anggota mendapati kereta jenis Proton Wira terbabas dan melanggar tiang lampu.

"Mangsa telah tersepit di dalam kereta berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, lelaki terbabit berjaya dikeluarkan dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: