Kesihatan mental tanpa rawatan sebabkan kemurungan serius

A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Masalah kesihatan mental rakyat Kelantan yang dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya akan menimbulkan pelbagai permasalahan termasuk kemurungan serius, kata Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Fariza Yahya.

Beliau berkata, kesihatan mental yang serius boleh menyebabkan individu mengalami skizofrenia dan pemikiran turut menjadi keliru sehingga ada yang hilang kewarasan diri.

"Individu yang mengalami kemurungan selama dua minggu atau lebih akan menyebabkan mereka kurang selera makan, tidur terganggu, hilang rasa seronok terhadap perkara yang mereka suka dan akhirnya merasakan diri tidak berguna,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Justeru, Dr Fariza berkata keluarga seharusnya peka dengan sebarang perubahan yang berlaku dan membawa mereka segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

**Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: