X

Kindly register in order to view this article
!

KADA serius serai buluh ganti straw

Husam menunjukkan penggunaan serai menggantikan penyedut minuman bagi menyedut madu kelulut.
A
A

PASIR MAS - Keputusan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menggunakan serai buluh bagi menggantikan straw adalah satu usaha kecil yang serius bagi menyedarkan masyarakat supaya menghargai alam sekitar.

Pengerusinya, Senator Datuk Husam Musa berkata, kerja-kerja penanaman serai buluh masih meluas di negara ini dan KADA memberi galakan dengan membiakkan tanaman berkenaan.

"Kita sedia memberi kerjasama kepada mereka yang mahu mengusahakan tanaman serai ini dengan memberi tunjuk ajar, berkongsi ilmu bagi memastikan hasrat itu dapat direalisasikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha KADA yang mahu mempopularkan serai buluh bagi menggantikan straw sehingga menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warganet dua hari lalu.

Husam (kiri) menyedut madu kelulut menggunakan serai.
Husam (kiri) menyedut madu kelulut menggunakan serai.

Menurutnya, serai buluh sesuai kerana bentuknya seperti penyedut minuman.

Katanya, setiap hari 31 juta penyedut minuman digunakan oleh rakyat di negara ini dan setiap penyedut itu mengambil masa hampir 200 tahun untuk hancur secara semula jadi.

Husam berkata, situasi itu boleh menyebabkan kematian 100,000 hidupan laut setiap tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: KKM tak cadang wajibkan kafe hospital guna straw serai


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!