Pemandu tersepit, lori muatan minyak sawit terbalik

Anggota bomba ketika cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu.
Anggota bomba ketika cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu.
A
A
A

KULAI - Seorang pemandu lori cedera selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum terbalik dalam satu kemalangan di KM13.0 Lebuh Raya Utara Selatan semalam.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Mohamad Haitimi Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.04 tengah hari.

"Kejadian berlaku ketika lori muatan minyak sawit itu menyusur masuk ke kawasan lebuh raya berkenaan sebelum terbalik.

"Pemandu lori berusia 50 tahun didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Haitimi berkata, bomba mengalami kesukaran mengeluarkan mangsa yang tersepit selain terpaksa menunggu bantuan kren untuk mengangkat lori terbabit.

"Anggota bomba juga terpaksa memotong besi penghadang jalan sebelum mengeluarkan mangsa dengan peralatan khas. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Artikel Berkaitan: