Bomba bantu bawa jenazah warga emas obesiti ke tanah perkuburan

Penduduk kampung terpaksa menghubungi bomba untuk bantuan mengangkat dan membawa jenazah wanita warga emas tersebut ke tanah perkuburan. Gambar kanan: Jenazah wanita berkenaan dibawa ke tanah perkuburan menggunakan lori tiga tan.

A
A
A

BALIK PULAU - Penduduk Kampung Permatang Pasir dekat sini terpaksa meminta bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengangkat jenazah seorang wanita obesiti ke tanah perkuburan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Ferdus Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 9.39 pagi Ahad.

"Kita menerima panggilan untuk bantuan mengangkat jenazah seorang wanita warga emas berusia 66 tahun yang mempunyai berat 250 kilogram.

"Seramai empat anggota termasuk penyelia telah membantu mengangkat dan membawa jenazah tersebut dari rumahnya ke Tanah Perkuburan Islam Titi Teras dekat sini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, jenazah wanita terbabit dibawa ke tanah perkuburan dengan menggunakan lori tiga tan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: