X

Kindly register in order to view this article
!

Bandar selamat: Dua kawasan panas diberi tumpuan polis

Mohamad Noor
Mohamad Noor
A
A

KUANTAN - Dua kawasan panas yang menjadi lokasi penagihan dadah dan kegiatan mencuri motosikal serta ragut di daerah ini akan diberikan tumpuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan Kuantan menjadi bandar selamat bermula tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kawasan yang telah dikenalpasti bagi program bandar selamat ini adalah di sekitar kawasan seluas 46.5 hektar merupakan fasa pertama akan dilaksanakan.

Menurutnya, ia membabitkan kawasan di sekitar Tanah Putih dan bandar Kuantan di Jalan Abdul Aziz sehingga di belakang bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Kita memilih dua kawasan ini berdasarkan servey (tinjauan) yang telah dibuat terhadap masyarakat di kawasan Tanah Putih khususnya di medan warisan dan di belakang pasaraya Giants menyuarakan kebimbang mereka.. Kawasan ini didakwa sering berlakunya jenayah serta kawasan itu adalah lokasi penagihan dadah.

"Kawasan yang kedua pula, di sekitar Jalan Abdul Aziz pula kita akui di kawasan tersebut banyak berlakunya kes ragut dan curi motosikal.Jadi pihak Polis akan mengambil tindakan dengan memberi pencahayaan yang terang di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Noor berkata, selain pencahayaan, keselamatan bagi kemudahan penjalan kaki juga akan ditambah baik bagi mengelak orang ramai menjadi mangsa ragut ketika melalui kawasan berkenaan.

Jelasnya, sebagai langkah pencegahan satu papan tanda peringatan akan dipasang di lokasi yang sudah dikenal pasti ini bagi membolehkan orang ramai peka dengan keadaan sekeliling.

"Tulisan papan tanda itu nanti bukan mahu menakut-nakutan orang ramai, sebaliknya memberi masej kepada mereka supaya berhati-hati ketika melalui kawasan terbabit," katanya.

Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Program Bandar Selamat 2020 berkata, pihaknya berhasrat untuk menjadikan bandar Kuantan selamat dan orang ramai berasa selesa dengan persekitaran sekeliling.

Katanya, elemen rasa selamat ini penting terutamanya selepas Kuantan diiktiraf sebagai bandar raya kerana ia pasti akan memberi peluang orang luar mengunjungi negeri ini.

"Segala perancangan untuk ke arah itu telah disusun atur dengan baik dan mesyuarat kali pertama sudah diadakan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus