X

Kindly register in order to view this article
!

KADA mahu komersialkan mangga

Husam (kanan) melawat tanaman harumanis yang diusahakan Mohd Rosli di Kampung Paloh, Tendong.
A
A

PASIR MAS - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berhasrat memperkenalkan tanaman mangga secara komersial dalam usaha meningkatkan lagi pendapatan para petani di Kelantan.

Pengerusinya, Senator Datuk Husam Musa berkata, tanaman mangga sebenarnya mempunyai potensi besar bagi menjana pendapatan jika diusahakan dengan kaedah yang betul.

"Di Kelantan kita tidak ada baka yang elok dan mempunyai mangga dari jenis asas sahaja, malah kualitinya tidak setanding di peringkat antarabangsa.

"KADA bercadang menggunakan kepakaran pegawainya dalam bidang cantuman bagi membantu menghasilkan baka mangga berkualiti bertaraf antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat tanaman mangga jenis harumanis yang diusahakan seorang guru, Mohd Rosli Yaakub, 50, di Kampung Paloh, Tendong di sini.

Katanya, pegawai KADA boleh memberi tunjuk ajar kepada anak muda yang mahu mendalami ilmu tanaman mangga.

"Saya menjadi lebih teruja apabila melihat kejayaan Rosli yang berjaya menanam mangga harumanis di dalam pasu dan wajar dijadikan contoh.

"Dia membuktikan bahawa tidak mustahil mangga harumanis boleh ditanam," katanya.

Dalam pada itu, Husam berkata, KADA akan menganjurkan Festival Mangga Antarabangsa Kelantan dalam usaha mengubah minda rakyat negeri ini terhadap tanaman itu pada masa hadapan.

"Ramai yang tidak mengetahui mangga mempunyai potensi besar termasuk dalam industri pemprosesan jem dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, Mohd Rosli berkata, dia sama sekali tidak menyangka pokok itu akan tumbuh subur dan lebih mengejutkan buahnya cukup manis walaupun baunya tidak seperti tempat asalnya di Perlis.

"Setakat ini saya memiliki 20 pokok harumanis yang ditanam di belakang rumah.