TMESA berkumpul, jalin ukhuwah generasi lama dan baharu

Muhammad Nasir (dua dari kiri) bergambar bersama beberapa alumni TMESA dan SAS, di sini pada Sabtu.
Muhammad Nasir (dua dari kiri) bergambar bersama beberapa alumni TMESA dan SAS, di sini pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tengku Mahmud (TMESA), Besut, Terengganu mengadakan majlis pertemuan tahunan dan sambutan Aidilfitri yang bertujuan menjalinkan ukhuwah antara generasi lama serta baharu.

Presidennya, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, usaha itu turut dibuat bagi mengumpulkan alumni daripada pelbagai generasi dan latar belakang untuk mendapatkan dana program Sponsor A Student (SAS) khusus buat pelajar sekolah di daerah berkenaan yang miskin serta serba kekurangan.

Menurut Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf tersebut, pihaknya menyalurkan bantuan dari segi kewangan dan kelengkapan persekolahan sebanyak RM1,500 setahun untuk setiap pelajar.

TMESA Besut, Terengganu berkumpul di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Sabtu.
TMESA Besut, Terengganu berkumpul di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Sabtu.

“Pelajar sekolah ini ada yang sudah berjaya dan bekerja dalam bidang masing-masing, bahkan ada juga berhijrah ke luar negara.

“Jadi, program siri ke-16 ini antara perkara yang kita sangat tekankan dan beri perhatian supaya generasi baharu dapat meneruskan pelajaran mereka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Sabtu.

Sekitar 250 warga alumni TMESA terdiri daripada ahli korporat, pesara dan ahli perniagaan yang hadir memeriahkan acara perjumpaan tahunan itu termasuk pelakon popular tanah air, Ummi Nazeera.

Artikel Berkaitan:

Hector
Hector

Dalam pada itu, pesara guru Bahasa Inggeris, Hector John, 80, memberitahu, sambutan berkenaan amat bermakna buatnya kerana berpeluang bertemu semula rakan-rakan yang sudah lama terpisah sewaktu mengajar bersama-sama dahulu.

“Sesetengah orang selepas habis sekolah sudah tak mahu berhubung dengan kawan lama.

“Tetapi, TMESA yang sudah ditubuhkan sejak 1960-an ini memang bagus kerana konsisten mengumpulkan alumni daripada lapisan generasi berbeza,” ujarnya.

Sabbir
Sabbir

Sabbir Ali Hussin, 77, yang merupakan mantan guru sekolah tersebut sejak 1969 hingga 1974 juga senada dengan Hector kerana penganjuran aktiviti perjumpaan dan pengumpulan dana seperti ini sedikit sebanyak memotivasikan pelajar untuk berjaya dalam kehidupan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua kerana aktif menganjurkan banyak projek dan menggalakkan aktiviti berpersatuan,” katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!