[VIDEO] Faisal Halim dipantau rapi, tidak terima pelawat

A
A
A

PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim tidak dibenarkan menerima pelawat semasa menjalani proses pemulihan selepas prosedur pembedahan ketiga di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada Khamis.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, pemain sayap sensasi Harimau Malaya itu perlu berada dalam pemantauan rapi untuk tempoh dua minggu akan datang.

Beliau berkata, prosedur pemindahan kulit sihat ke kawasan tubuh yang mengalami kelecuran (skin allograft) dilalui Faisal memerlukan pemain itu diasingkan daripada orang biasa.

Faisal Halim. Foto Bernama
Faisal Halim. Foto Bernama

"Keadaan Faisal adalah stabil, namun tempoh dua minggu mendatang ini sangat penting serta kritikal memandangkan prosedur skin allograft, beliau diasingkan dengan pemantauan rapi dan ketat oleh pasukan perubatan.

"Jadi Faisal tidak dibenarkan menerima sebarang pelawat dalam tempoh pemantauan ini," katanya menerusi catatan di Facebook pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Faisal mengalami kelecuran tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya dalam insiden di sebuah pusat beli belah di Damansara, Petaling Jaya pada 5 Mei lepas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!