Dorongan semangat bintang United buat Faisal

Garnacho (kiri) dan Onana mendoakan kesembuhan buat Faisal. Foto Stadium Astro Gambar kecil: Faizal
Garnacho (kiri) dan Onana mendoakan kesembuhan buat Faisal. Foto Stadium Astro Gambar kecil: Faizal
A
A
A

INSIDEN malang yang menimpa pemain sayap negara, Faisal Halim akibat disimbah asid di Petaling Jaya minggu lalu bukan sahaja menarik simpati seluruh rakyat Malaysia, malah turut mendapat perhatian bintang bola sepak antarabangsa.

Bintang Manchester United, Alejandro Garnacho dan penjaga gol, Andre Onana mengucapkan semoga cepat sembuh kepada pemain Selangor FC berusia 26 tahun itu.

Luahan simpati itu dizahirkan menerusi satu perkongsian video bersama Stadium Astro pada Sabtu.

Penjaga gawang pasukan kebangsaan Cameroon itu merakamkan rasa hiba dengan kejadian yang menimpa pemain skuad Harimau Malaya berkenaan.

"Kami mendapat berita tentang apa yang terjadi. Kami juga merasainya di sini dan menegaskan bahawa kami semua bersama Faisal.

"Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga tabah menghadapi situasi ini," katanya.

Garnacho pula meluahkan kata-kata semangat buat Faisal agar kembali bangkit dengan lebih kuat selepas ini.

"Kekal tabah dan kuat. Selamat maju jaya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Faisal ketika ini dalam proses rawatan dan pemulihan di sebuah hospital swasta di Shah Alam selepas menjalani pembedahan ketiga pada Khamis.

Dia disimbah asid sulfurik pekat oleh dua individu yang tidak bertanggungjawab ketika bersama keluarga di sebuah pusat beli belah di Damansara, Petaling Jaya Ahad lepas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!