X

Kindly register in order to view this article
!

Nenek jahit topeng muka bantu pelarian gunung berapi Taal

Mantuano menjahit lebih 400 topeng muka selepas menerima banyak sumbangan kain. - Foto Agensi
A
A

LIPA - Seorang tukang urut berusia 61 tahun mengambil inisiatif menjahit ratusan topeng muka ekoran permintaan dan harga barangan tersebut melonjak selepas gunung berapi Taal di selatan Manila, Filipina meletus dan memuntahkan debu panas secara tiba-tiba.

Rosalina Mantuano yang mempunyai pengalaman sebagai tukang jahit selama 45 tahun mula menjahit topeng muka berwarna-warni menggunakan kain perca dan memberikannya secara percuma kepada jiran-jirannya di bandar Lipa, terletak kira-kira 20km dari Taal.

"Sebagai tukang jahit, saya mendapat idea untuk menjahit topeng muka dan memberikannya kepada mangsa yang terjejas," katanya yang membuat 100 topeng muka setiap hari.

Sejak Mantuano memulakan usaha murninya, dia menerima banyak sumbangan kain sehingga membolehkannya menghasilkan kira-kira 400 topeng muka pelbagai corak seperti bunga dan berjalur.

"Ramai penduduk di sini memerlukan topeng muka. Bekalan habis dijual dan yang lain-lain sangat mahal," katanya.

Menantu lelaki Mantuano yang juga ahli kumpulan penunggang motosikal pula menyampaikan makanan dan topeng buatan ibu mentuanya ke pusat pemindahan.

Tidak lama selepas gunung berapi Taal meletus Ahad lalu, bekalan untuk topeng muka menurun dan harga meningkat sebanyak lima kali ganda berbanding harga biasa.

Susulan itu, Kementerian Perdagangan Filipina mengancam untuk menyaman ahli perniagaan dan menutup perniagaan mereka kerana menaikkan harga ke tahap tidak munasabah. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Taal, gunung berapi sangat berbahaya

Letusan gunung berapi, pelajar Malaysia dipindah ke Manila

Gunung berapi: Puluhan ribu lagi penduduk dipindahkan

Ancaman gunung berapi Taal

Tasik kelilingi kawah gunung berapi Taal 'hilang'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!