Tasik kelilingi kawah gunung berapi Taal 'hilang'

Garisan putus-putus adalah kawasan bekas tasik manakala garisan lengkungan adalah tasik yang masih tinggal di sekeliling kawah gunung berapi Taal. - Foto Agensi
Garisan putus-putus adalah kawasan bekas tasik manakala garisan lengkungan adalah tasik yang masih tinggal di sekeliling kawah gunung berapi Taal. - Foto Agensi
A
A
A

MANILA - Tasik yang mengelilingi kawah gunung berapi Taal di wilayah Batangas, Filipina dilaporkan hampir lenyap sepenuhnya akibat tindak balas air dengan magma yang mencetuskan aktiviti vulkanik sejak Ahad lalu.

BBC melaporkan saintis kini sedang memantau perkembangan Taal yang terletak kira-kira 65 kilometer ke selatan Manila untuk menentukan ancaman gunung berapi tersebut selepas ia membebaskan awan debu panas sehingga 15 kilometer ke permukaan udara pada akhir minggu lalu.

Gambar tasik tersebut yang 'hilang' diambil oleh imej radar satelit ICEYE SAR yang menunjukkan keadaan tasik sebelum dan selepas fasa letusan Taal.

ARTIKEL BERKAITAN: Status amaran gunung berapi Taal dinaikkan kepada tahap 4

Satelit radar lain seperti Sentinel-1 turut digunakan untuk mengesan bagaimana perubahan sekitar gunung berapi tersebut.

Teknik interferometrik tersebut dikatakan akan membantu saintis untuk memahami bagaimana peralihan magma bawah gunung berapi dan kemungkinan aktiviti vulkanik pada masa depan.

Terdahulu, pihak berkuasa Filipina memberi amaran kepada penduduk supaya tidak menghampiri zon dalam lingkungan 14 kilometer dari kawah Taal berikutan kebanyakan mereka berdegil mahu pulang ke rumah masing-masing.

"Situasi masih perlu dipantau. Tiada lagi letusan tidak bermakna ancaman sudah berkurangan. Ia masih kekal bahaya," kata saintis dari Agensi Seismologi Filipina, Dr Maria Antonia Bornas. - Agensi

Artikel Berkaitan: