Letusan gunung berapi, pelajar Malaysia dipindah ke Manila

Gunung berapi Taal yang terletak 65 kilometer di selatan Manila dilaporkan meletuskan debu pada Ahad lalu. - Foto AFP
Gunung berapi Taal yang terletak 65 kilometer di selatan Manila dilaporkan meletuskan debu pada Ahad lalu. - Foto AFP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 19 pelajar Malaysia yang menuntut di Adventist University of the Philippines (AUP) di wilayah Batangas dipindahkan ke Manila susulan letusan gunung berapi Taal.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pemindahan itu dilakukan ekoran keadaan yang semakin kritikal termasuk pengisytiharan cuti kecemasan yang diumumkan Pejabat Presiden Filipina.

Ia turut menyarankan agar warganegara Malaysia menangguhkan perjalanan ke kawasan yang terjejas akibat bencana itu sekiranya tiada keperluan mendesak.

“Warganegara Malaysia yang terkesan dan memerlukan bantuan pula dinasihat agar menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila.

“Sebarang perkembangan terkini mengenai bencana itu akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu lagi.

Gunung berapi Taal, yang terletak 65 kilometer di selatan Manila, dilaporkan meletuskan debu pada Ahad lalu mengakibatkan ribuan penduduk dipindahkan dari kawasan berkenaan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Gunung berapi meletus, ribuan penduduk Filipina berpindah

Status amaran gunung berapi Taal dinaikkan kepada tahap 4

Artikel Berkaitan: