Gunung berapi: Puluhan ribu lagi penduduk dipindahkan

Penduduk memindahkan haiwan ternakan ke bandar Balete di wilayah Batangas dekat selatan Manila. - Foto: AFP
Penduduk memindahkan haiwan ternakan ke bandar Balete di wilayah Batangas dekat selatan Manila. - Foto: AFP
A
A
A

MANILA - Puluhan ribu penduduk telah dipindahkan dari zon bahaya iaitu dalam radius 17 kilometer (km) di sekitar gunung berapi Taal di Filipina ketika ia terus memuntahkan debu panas dan lava sejak kelmarin.

Bagi membantu operasi pemindahan, pihak berkuasa persekutuan menghantar 20 kenderaan tentera dan 120 anggota selain beberapa helikopter juga kini bersedia untuk memindahkan penduduk.

Semalam, pihak berkuasa membuka 118 pusat pemindahan sementara meskipun ramai di antara penduduk memilih untuk menumpang di rumah ahli keluarga mereka di luar negara.

Ketua Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS), Renato Solidum berkata, letusan Taal sebelum ini berlangsung selama beberapa bulan dan buat masa ini adalah mustahil untuk pihaknya meramalkan aktiviti semasa.

"Kami mempunyai protokol menunggu beberapa hari. Kadang-kadang dua minggu untuk memastikan aktiviti gunung berapi benar-benar telah berhenti," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: