PM sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan segera sembuh

Ahmad Farhan mewakili Anwar menziarahi Ebby Yus pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Ahmad Farhan mewakili Anwar menziarahi Ebby Yus pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak, Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.

Hantaran di media sosial Anwar pada Khamis memaklumkan sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi semalam ketika menziarahi Ebby yang sedang menderita akibat pelbagai komplikasi penyakit kronik, sekali gus menghadkan penglibatannya dalam dunia seni.

Farhan kanan ketika menziarahi seniman Ebby Yus yang sedang menderita akibat pelbagai komplikasi penyakit kronik sekali gus menghadkan penglibatan beliau dalam dunia seni. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Farhan kanan ketika menziarahi seniman Ebby Yus yang sedang menderita akibat pelbagai komplikasi penyakit kronik sekali gus menghadkan penglibatan beliau dalam dunia seni. Foto Facebook Anwar Ibrahim

"Mendoakan agar beliau terus kuat dan dikurniakan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah,” kata Anwar dalam hantaran itu.

Disember lepas Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, dilaporkan telah menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung susulan menghadapi masalah lemah jantung. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: