Pembangunan SJKT Castlefield dipercepatkan selaras keupayaan MOT

Simbolik Majlis Pecah Tanah pembinaan SJKT Castlefield yang baharu di Puchong.
Simbolik Majlis Pecah Tanah pembinaan SJKT Castlefield yang baharu di Puchong.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mempercepat proses kelulusan pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Castlefield yang baharu di Puchong.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia bagi memastikan pembinaan baharu sekolah itu dapat siap dalam tempoh 24 hingga 36 bulan daripada sekarang selaras dengan kebolehupayaan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Amirudin (tengah) pada Majlis Pecah Tanah pembinaan SJKT Castlefield di Puchong.
Amirudin (tengah) pada Majlis Pecah Tanah pembinaan SJKT Castlefield di Puchong.

Menurut Amirudin, disebabkan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) memasuki kawasan sekolah berkenaan kerajaan terpaksa mengambil tanah dan mencari alternatif supaya sekolah ini dapat diteruskan.

“Alhamdulillah detik yang bersejarah bagi komuniti India kerana Kerajaan Perpaduan berjaya memulakan proses pembinaan SJKT Castlefield di Puchong petang ini (pada Rabu).

“Namun hanya dengan kepimpinan di peringkat Persekutuan dan negeri yang sehati sejiwa, hari ini kerajaan Selangor dan Kementerian Pengangkutan dapat bersama-sama dalam Majlis Pecah Tanah pembinaan SJKT Castlefield yang baharu di Puchong,” katanya di laman Facebooknya.

Amirudin berkata, pembinaan baharu sekolah itu menggunakan dana Prasarana selaku operator LRT serta syarikat swasta DMIA Sdn. Bhd.

“Saya mengucapkan terima kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook atas komitmen dan kemampuan beliau mencari solusi pembinaan baharu sekolah ini.

Artikel Berkaitan:

“Ini membuktikan tekad Kerajaan Perpaduan baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri untuk membela nasib dan kebajikan masyarakat India terutama dalam bidang pendidikan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!