'Saya tiada sebarang hubungan dengan Israel' - Sheikh Mohammed

Ahmad Zahid (kanan) bersama Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL) dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam, Sheikh Dr Mohammad Abdulkarim Al-Issa (kiri) ketika sidang media selepas perasmian Majlis Ulama Asia 2024 pada Rabu. Foto Bernama
-- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, May 8 -- Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi with the Muslim World League’s Secretary-General and Chairman of the Organisation of Muslim Scholars, Sheikh Dr Mohammad Abdulkarim Al-Issa (left) during a press conference after the launching of the Asian Ulama Council 2024, today.
--fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED
Ahmad Zahid (kanan) bersama Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL) dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam, Sheikh Dr Mohammad Abdulkarim Al-Issa (kiri) ketika sidang media selepas perasmian Majlis Ulama Asia 2024 pada Rabu. Foto Bernama -- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, May 8 -- Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi with the Muslim World League’s Secretary-General and Chairman of the Organisation of Muslim Scholars, Sheikh Dr Mohammad Abdulkarim Al-Issa (left) during a press conference after the launching of the Asian Ulama Council 2024, today. --fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL), Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa menyangkal dakwaan yang mengatakan beliau mempunyai hubungan dengan Israel.

Bercakap kepada media selepas mesyuarat Majlis Ulama Asia 2024 di sini pada Rabu, beliau mengulangi pendiriannya yang tidak bersetuju dengan sesiapa sahaja yang menyokong tindakan dan peperangan didalangi Zionis di Gaza.

"Kami hanya terlibat dengan individu yang memperjuangkan nilai murni untuk kebaikan dunia. Kami mengalu-alukan dan menyokong usaha pengikut daripada pelbagai fahaman agama yang bersama-sama berjuang demi keamanan dunia.

"Kami tidak terlibat dengan politik Israel. Terdapat individu dalam kalangan penganut Yahudi yang menentang dasar Israel dan mereka telah mengeluarkan kenyataan yang jelas dan telus. Oleh itu, adalah tidak wajar untuk kami menolak semua orang termasuk mereka yang menyokong kedamaian.

"Kita tidak boleh mengecam agama atau kepercayaan yang menyeru kepada keamanan hanya disebabkan tindakan segelintir ahli politik. Kita tidak boleh mengabaikan mesej keamanan yang lebih menyeluruh,” katanya.

Sheikh Mohammed ditanya mengenai laporan media yang mendakwa beliau seorang yang pro-Zionis dan lawatannya ke Malaysia mungkin mencetuskan kritikan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Mengulas mengenai Majlis Ulama Asia, Sheikh Mohammed menekankan tentang kesederhanaan dan keamanan sebagai nilai teras Islam sambil menegaskan bahawa ekstremisme atau faham pelampau dan keganasan tidak hanya khusus dikaitkan dengan agama tertentu sahaja.

"Ramai penganut agama lain telah menunjukkan kecenderungan ke arah ekstremisme dan keganasan dan ia tidak eksklusif untuk Islam sahaja. Namun, ramai orang cenderung mengabaikan peristiwa bersejarah dan sejarah peperangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Majlis Ulama Asia 2024 anjuran Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Liga Dunia Muslim itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!