SPRM tahan tiga pegawai kanan termasuk pengurus besar agensi kerajaan

SPRM menahan tiga pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan berkait kes rasuah.
SPRM menahan tiga pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan berkait kes rasuah.
A
A
A

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan berkait kes rasuah.

Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi.

Katanya, kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, sumber berkata, kesemua mereka berusia 45 hingga 49 tahun ditahan kerana disyaki terlibat meminta dan menerima wang rasuah bagi pelbagai projek termasuk projek pembekalan di negeri ini.

"Mereka dipercayai ditahan jam 7.30 malam tadi (Ahad) ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan.

"Suspek dipercayai terlibat meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa individu atau syarikat di mana jumlah rasuah masih dalam siasatan SPRM," katanya.

Menurut sumber, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pagi ini bagi tujuan permohonan reman

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: