[VIDEO] JDT tingkat tahap keselamatan pemain Harimau Selatan

A
A
A

JUARA 10 kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyuarakan kebimbangan berkenaan insiden yang berlaku terhadap pemain Harimau Selatan, Safiq Rahim pada Selasa.

Malah Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat segera insiden yang berlaku di Pusat Latihan JDT berkenaan.

"Insiden ini bersama kejadian menimpa Akhyar Rashid dan Faisal Halim tidak mempunyai tempat dalam dunia arena bola sepak.

"Dengan perkembangan terbaharu ini, JDT juga meningkatkan tahap keselamatan terhadap pemain-pemain kami sebagai langkah berwaspada.

"Kami juga menasihati pemain-pemain JDT agar lebih berwaspada dengan persekitaran dan hantaran di media sosial masing-masing setiap masa," katanya.

Alistair Edwards
Alistair Edwards

Sebelum itu, kenderaan bekas pemain Harimau Malaya itu telah diserang dua lelaki bermotosikal di Jalan Seri Gelam, Johor Bahru selepas selesai mengambil barang di pusat berkenaan.

Insiden malang itu dikongsikan sendiri Safiq Rahim yang memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya berkenaan kejadian berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Safiq mengakuit terkejut apabila turut menjadi mangsa serangan dan pemain yang memulakan karier senior bersama Selangor juga menitipkan pesanan kepada pemain-pemain bola sepak lain untuk sentiasa berhati-hati.

“Tak sangka saya pula diserang berdekatan pusat latihan JDT. Zaman kami kena berjaga-jaga," tulis Safiq dalam kejadian yang mengakibatkan cermin kereta belakang miliknya pecah.