Speedy Tigers belasah Kanada di Ipoh

Fitri meraikan gol jaringannya ketika Speedy Tigers menentang Kanada pada saingan Piala Sultan Azlan Shah 2024 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh.
Fitri meraikan gol jaringannya ketika Speedy Tigers menentang Kanada pada saingan Piala Sultan Azlan Shah 2024 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh.
A
A
A

SKUAD hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Piala Sultan Azlan Shah 2024 di Stadium Azlan Shah, Ipoh pada Ahad.

Skuad Speedy Tigers kendalian Sarjit Singh yang dijinakkan Pakistan 4-5 pada Sabtu, dikejutkan menerusi jaringan Devohn Noronha-Teixeira pada minit ke-12.

Namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Mohamad Fitri Saari segera menyamakan kedudukan seminit kemudian.

Speedy Tigers kemudiannya meningkatkan intensiti permainan menambahkan jaringan menerusi Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-14.

Azimuddin Syakir Kamaruddin, memastikan gol ketiga pasukan negara pada minit ke-19 untuk mendahului 3-1 pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Speedy Tigers yang merupakan juara bertahan menambah gol lagi melalui Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (m-31) sebelum Kanada merapatkan jurang menerusi Avjot Buttar's minit ke-42.

Skuad negara meneruskan pesta gol menerusi pukulan sudut penalti Syed Syafiq Syed Cholan pada minit ke-48 diikuti sentuhan Faizal Saari seminit kemudian.

INFO

Artikel Berkaitan:

Piala Sultan Azlan Shah 2024

Keputusan

4 MEI

Malaysia 4-5 Pakistan (juara tiga kali)

5 MEI

Malaysia 6-2 Kanada

Jadual

7 MEI

Malaysia lwn New Zealand (juara dua kali)

8 MEI

Malaysia lwn Jepun

10 MEI

Malaysia lwn Korea Selatan (juara tiga kali)

* Semua aksi Malaysia dijadualkan bermula jam 8.30 malam di Stadium

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!