Sarjit tuntut aksi konsisten Speedy Tigers

Sarjit
Sarjit
A
A
A

PENGENDALI skuad hoki lelaki negara, Sarjit Singh menyifatkan pemilihan 18 pemain The Speedy Tigers telah mengambil kira pelbagai aspek termasuk prestasi, komitmen sesi latihan serta pemahaman konsep semasa diterapkan pasukan.

“Kami barisan kejurulatihan berharap persefahaman antara pemain muda atau pemain baharu di dalam pasukan bersama pemain yang lebih senior dapat dibentuk dengan cepat sewaktu dalam perlawanan dan berharap pasukan ini dapat berkembang serta menjadi lebih matang dengan secepat mungkin terutamanya ketika bersaing di peringkat antarabangsa.

“Barisan kejurulatihan juga mengharapkan pemain dapat memberikan aksi yang konsisten dalam setiap perlawanan selain keyakinan yang tinggi serta sikap yang baik dapat ditunjukkan sepanjang kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2024 berlangsung.

“Kejohanan pertama ini juga seharusnya digunakan oleh pemain-pemain yang lebih muda untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin daripada pemain yang lebih berpengalaman,” katanya.

Pada Khamis, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengumumkan senarai 18 pemain yang bakal mengalas cabaran juara bertahan dalam Piala Sultan Azlan Shah 2024 yang menyingkap tirai di Stadium Azlan Shah, Ipoh Sabtu ini.

Anak buah Sarjit akan membawa cabaran Malaysia berdepan pasukan New Zealand, Kanada, Jepun, Korea Selatan dan Pakistan dalam kejuaraan edisi ke-30 tersebut.

Sementara itu, Pengurus Speedy Tigers, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak mahu 18 pemain yang telah dipilih memberikan aksi yang terbaik bagi membantu pasukan mencapai keputusan positif dalam kejuaraan pertama mereka.

“Ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan yang baharu dibentuk dan kami berharap agar kombinasi 18 pemain baru dan lama dapat membentuk satu keserasian dan persembahan terbaik di kejohanan ini.

Artikel Berkaitan:

“Kami ingin melihat satu kerjasama yang baik antara barisan pemain dan kejurulatihan selain pasukan akan mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan untuk diberikan perhatian,” katanya.

INFO

Piala Sultan Azlan Shah 2024

4 MEI

Malaysia lwn Pakistan (juara tiga kali)

5 MEI

Malaysia lwn Kanada

7 MEI

Malaysia lwn New Zealand (juara dua kali)

8 MEI

Malaysia lwn Jepun

10 MEI

Malaysia lwn Korea Selatan (juara tiga kali)

* Semua aksi Malaysia dijadualkan bermula jam 8.30 malam di Stadium Azlan Shah, Ipoh

INFO: Speedy Tigers Piala Sultan Azlan Shah 2024

Penjaga Gol

1. Muhammad Hafizuddin Othman (21)

2. Che Sharul Azmi Che Saupi (32)

Pertahanan

3. Marhan Jalil (6)

4. Syed Syafiq Syed Cholan (1)

5. Amirul Hamizan Azhar (29)

6. Shafiq Hassan (27)

7. Najib Abu Hassan (2)

8. Syarman Mat Tee (8)

Tengah

9. Fitri Saari (7)

10. Nik Aiman Nik Rozemi (24)

11. Shello Silverius (11)

12. Norsyafiq Sumantri (22)

13. Alfarico Liau (13)

Penyerang

14. Azrai Aizad Abu Kamal (23)

15. Akhimullah Anuar Esook (11)

16. Muhaijir Abdu Rauf (26)

17. Azimuddin Kamaruddin (31)

18. Faizal Saari (10)

* Dalam kurungan nombor jersi pemain

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!