Insiden bom di Narathiwat, dua rakyat Malaysia cedera

Dua rakyat Malaysia antara lapan individu yang mengalami kecederaan dalam kejadian letupan bom di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah Mueang, Wilayah Narathiwat pada Isnin. Foto Facebook
Dua rakyat Malaysia antara lapan individu yang mengalami kecederaan dalam kejadian letupan bom di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah Mueang, Wilayah Narathiwat pada Isnin. Foto Facebook
A
A
A

KOTA BHARU - Dua rakyat Malaysia antara lapan individu yang mengalami kecederaan dalam kejadian letupan bom di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah Mueang, Wilayah Narathiwat pada Isnin.

Perkara tersebut disahkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.

“Kedua-dua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan mereka berasal dari Kelantan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, lebih lima motosikal dilaporkan terbakar dipercayai bom dipasang pada kenderaan berkenaan.

Bagaimanapun, kesemua mangsa berusia antara 20 hingga 30-an hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, penduduk di Narathiwat yang ingin dikenali sebagai Mael, 46, ketika dihubungi mengakui terkejut dengan kejadian itu.

Katanya, letupan tersebut didengari dengan jelas kerana lokasi kejadian hanya kira-kira 500 meter dari rumahnya.

"Ini merupakan kejadian pertama yang berlaku di kawasan bandar, biasanya ia terjadi di luar bandar serta tidak melibatkan orang awam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!